Monday, January 5, 2009

Selamat Datang 2009

Datang bagai tak boleh di tahan tahan. Menerjah dengan episod keganasan di Gaza dan kita di sini hanya mampu melihat, paling tidak pun akan menghantar bantuan kemanusian dan perubatan. Bantuan nasihat, harus Amerika tak akan dengar. Bantuan cadangan, mungkin boleh tapi setakat on papers.

Bayangkan peperangan sedang rancak di sana. OIC pulak baru nak panggil mesyuarat. Pertubuhan Islam yg sebesar ini lebih gemar memilih program adhoc.

Kita tak macam orang di sebelah sana. Paling tidak pun, sepatutnya OIC mesti ada pasukan ala ala "Medecins Sans Frontier". Tiap tiap tahun negara Islam diterjah dengan bencana semulajadi atau pun peperangan, tapi apa buahtangan OIC yg kita boleh banggakan selain daripada mesyuarat yg bertimbun timbun di masa yang sama mangsa keadaan bertambah jumlah bilangannya.

Sabarlah wahai saudara ku di Palestine. Sindiran kecil yang sering kedengaran "kalau Israel dah ok dgn Palestine, itu petanda Kiamat dah dekat" ... Siapakah kita nak menentukan kiamat ke tak??? Something must have been done, someone must get the ball rolling ..... someone who????? ohhh yaaaa .... Negara negara Arab lainnya apa khabar agaknya?????????? Berapa banyak kasut kita nak kumpul ??

Persoalannya, siapa yang patut kita kutuk sepenuh hati? Rejim Israel atau keseluruhan Yahudi di Israel dan di dunia? Adakah beza antara Rejim Israel & rakyat Israel??? Ada juga berita kecik yang singgah mengatakan bukan semua rakyat Israel setuju dengan keganasan di Gaza. Di sebelah Palestine yang kena serang pula, bukan semua mangsa melibatkan Arab Islam, malah ada juga Arab Kristian dan jugak Yahudi dalam bilangan yang sikit. Istilah kemanusian nampaknya perlu diperluaskan !



Dr Sam
I support AMAN MALAYSIA

GIVE PEACE A CHANCE !

2 comments:

Anonymous said...

Salam buat Dr. Samsul dan semua yang terlibat dalam ruangan ini.
Pertama saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr.Samsul yang menyambut salam perkenalan saya. Saya ada beberapa pendapat yang ingin dikongsi bersama. Walaupun berada di luar negara, tetapi saya sentiasa melihat mendengar dan cuba memahami beberapa isu di Malaysia dan juga di luar negara. Semua dunia Islam sekali lagi tersentak dengan apa yang berlaku di Gaza. Sebelum itu kita juga dikejutkan dengan berita seperti pergolakan politik di Thailand dan juga apa yang berlaku di Mumbai, India. Didalam negara pula, kita masih dibelenggu dengan mengwujudkan uniti pada bangsa Melayu dan beberapa usikan daripada kawan kawan kita bangsa lain khususnya yang bercakap berkenaan Ketuanan Melayu.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah pada pendapat saya, berdasarkan pergolakan yang saya nyatakan diatas tadi berlaku kerana kepincangan sesebuah negara khususnya ahli masyarakatnya sendiri dalam banyak aspek yang tidak perlu saya huraikan disini. Pertama saya melihat pendidikan atau negara yang mempunyai individu yang berpendidikan amat penting kepada kuncinya sesebuah negara yang harmoni, kuat dan berdaya saing. Konsep ilmu yang perlu dikuasai ini haruslah kedua dua ilmu fardu ain dan kifayah, untuk kesejateraan dunia dan akhirat. InsyaAllah insan berilmu akan lahirlah bangsa yang kuat dan dihormati. Inilah bangsa dan negara kita perlukan. Dunia telah lama terbuka. Zaman kini dan akan datang cabaran ilmu dan komunikasi begitu hebat begitu juga dengan penciptaan sains dan teknologi. Sekiranya bangsa kita meletakkan martabat ilmu begitu tinggi dan mendidik adik bangsa kita membudayakan ilmu, insyaAllah kita dapat mengelak daripada gangguan gangguan yang saya nyatakan ditas tadi. Memang kita perlukan fikirkan formula untuk Melayu bersatu tetapi kita juga perlu memikirkan berterusan formula Melayu bangsa Berilmu , Bersains dan Berteknologi. Saya amat berharap agenda ini menjadi cabaran untuk kita semua laksanakan begitulah juga diri saya. InsyaAllah bersama samalah kita memikirkannya....
Bagi yang mempunyai kekuatan dan kelebihan marilah kita berkongsi bersama dengan generasi muda kita..saya percaya masih ramai insan muda yang memerlukannya..
InsyaAllah juga setelah tamat pengajian PhD juga saya bercadang untuk menyertai AMAN dan meneruskan beberapa perkara yang saya rase perlu dikongsi bersama demi meningkat martabat bangsa kita dan negara. Benar kata Dr. Samsul, untuk berkhidmat tidak semestinya kita perlukan jawatan pemimpin mungkin maksud Dr. Samsul seorang ketua, yang penting kita bekerja, bekerja untuk diri kita, bangsa dan negara. tetapi setiap insan itu sebenarnya adalah seorang pemimpin. Pada saya yang penting apa kita buat adalah satu keikhlasan yang hanya Allah saja yang membalasnya. Saya mohon maaf diatas sebarang kelemahan dalam penulisan saya ini. Buat semua kita semua adalah seorang pejuang, pejuang pada bangsa, agama dan negara. Sedar atau tidak, terpulanglah pada masing masing..

Many Thanks Dr Samsul.
Hisyam Rasidi
Tokyo

drshamsulAnwar said...

Sdr Hisyam

Terima kasih di atas sumbangan buah fikiran saudara. Sama samalah kita cuba renungkan apakah pengajaran yang Allah ingin perlihatkan kepada kita melalui bencana di Gaza. Semoga rakyat Malaysia lebih memahami & mensyukuri erti sebuah kehidupan yang aman di bumi Malaysia.