Monday, January 5, 2009

Selamat Datang 2009

Datang bagai tak boleh di tahan tahan. Menerjah dengan episod keganasan di Gaza dan kita di sini hanya mampu melihat, paling tidak pun akan menghantar bantuan kemanusian dan perubatan. Bantuan nasihat, harus Amerika tak akan dengar. Bantuan cadangan, mungkin boleh tapi setakat on papers.

Bayangkan peperangan sedang rancak di sana. OIC pulak baru nak panggil mesyuarat. Pertubuhan Islam yg sebesar ini lebih gemar memilih program adhoc.

Kita tak macam orang di sebelah sana. Paling tidak pun, sepatutnya OIC mesti ada pasukan ala ala "Medecins Sans Frontier". Tiap tiap tahun negara Islam diterjah dengan bencana semulajadi atau pun peperangan, tapi apa buahtangan OIC yg kita boleh banggakan selain daripada mesyuarat yg bertimbun timbun di masa yang sama mangsa keadaan bertambah jumlah bilangannya.

Sabarlah wahai saudara ku di Palestine. Sindiran kecil yang sering kedengaran "kalau Israel dah ok dgn Palestine, itu petanda Kiamat dah dekat" ... Siapakah kita nak menentukan kiamat ke tak??? Something must have been done, someone must get the ball rolling ..... someone who????? ohhh yaaaa .... Negara negara Arab lainnya apa khabar agaknya?????????? Berapa banyak kasut kita nak kumpul ??

Persoalannya, siapa yang patut kita kutuk sepenuh hati? Rejim Israel atau keseluruhan Yahudi di Israel dan di dunia? Adakah beza antara Rejim Israel & rakyat Israel??? Ada juga berita kecik yang singgah mengatakan bukan semua rakyat Israel setuju dengan keganasan di Gaza. Di sebelah Palestine yang kena serang pula, bukan semua mangsa melibatkan Arab Islam, malah ada juga Arab Kristian dan jugak Yahudi dalam bilangan yang sikit. Istilah kemanusian nampaknya perlu diperluaskan !



Dr Sam
I support AMAN MALAYSIA

GIVE PEACE A CHANCE !