Saturday, October 19, 2013

Terima kasih daun keladi.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya telah berjaya menyandang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Sg Siput. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua perwakilan, jentera & petugas yang bekerja tanpa jemu. Moga Allah beri saya kekuatan dan kesabaran mendukung jawatan ini. Bersatu Bersetia Berkhidmat Salam perjuangan.

Sunday, October 13, 2013

Selamat berwukuf

Berjuta juta umat Islam sedang menuju ke Arafah hari ini untuk berwukuf. Saya mendoakan semoga jemaah Haji Malaysia, khasnya jemaah tajaan 1MDB, direzekikan kesihatan yang baik dan mudah-mudahan dipermudahkan urusan beribadat. Perbanyakkan zikir dan Surah Al Ikhlas. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Wednesday, October 9, 2013

Pangkahlah dengan Rasional demi UMNO.

Tanggungjawab sebagai PERWAKILAN bukan sekadar memangkah sesiapa sahaja yang kita sukai TETAPI mestilah berdasarkan kepada pertimbangan apakah seseorang itu benar benar boleh dikekalkan atau diangkat sebagai pemimpin. Dalam membuat keputusan itu, para perwakilan tidak harus terpengaruh dengan apa apa sentimen apatah lagi melangkah kedewan pengundian dengan emosional. Buatlah pilihan dengan minda yang rasional kerana pemilihan ini amat penting dalam mencari barisan terbaik untuk memperkasakan UMNO. Maka, buatlah keputusan dengan tepat yang TIDAK memungkinkan rakyat menolak UMNO. Ayuh, langkah lah bersama saya, menyumbang jasa dengan ikhlas, bersatu bersetia demi keutuhan UMNO. Selamat memangkah!

Tuesday, October 8, 2013

Melangkah demi keutuhan UMNO

Saya berfikiran terbuka & berlapang dada menerima rakan2 lain bertanding jawatan. Moga tujuan kita sama, bertanding untuk perkasakan UMNO. Kepada semua yang bertanding, saya menyeru, bertandinglah dengan penuh berhemah melalui kekuatan sendiri bukan dengan menjatuhkan orang lain. Kepada semua Perwakilan, saya mengucapkan Selamat Membuat pilihan!! Salam Perjuangan.