Monday, April 14, 2008

Rakyat Mahukan perubahan

Macam macam yang kita dengar akhir akhir ini. Ada yang kata sabotaj, ada yang kata protes, ada yang malas nak berkata kata kerana terlalu banyak yang nak dikomen. Pendekata, keputusan PRU12 memang memeranjatkan. Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor jatuh ke tangan pembangkang. PAS pulak kekal di Kelantan.

Kalau dulu dalam pilihanraya yang lepas, bila BN sapu bersih, pengundi dikata bijak memilih, tepat & sesuai. Tapi sekarang bila pengundi ubah pilihan mereka, sesetengah mengatakan mereka emosi, tak fikir panjang, sabotaj dan macam macam. Tapi kalau kita fikir sedalam yang mungkin, selain daripada rahmat yang tersembunyi, mesej yang diberi memang cukup jelas, pengundi mahukan perubahan !!!

Perubahan apa yang pengundi mahukan sebenarnya?????? Ubah Perdana Menteri??? Ubah jemaah kabinet ?? Ubah kepercayaan pada parti ??? Ubah kroni??

Mesej mengenai "perubahan" ini cukup lantang ditimbulkan. Apakah langkah proaktif yang dapat disediakan oleh pemimpin pemimpin tertinggi BN di waktu ini sebagai persedian untuk mengambil kembali undi undi yang terlepas akibat protes dalam PRU12??

Kita kena bergerak dari sekarang. Banyak yang perlu dilakukan. Dengarilah suara hati rakyat ! Rakyat telah bergerak jauh ke depan meninggalkan corak pengundian tradisi. Ada sesetengah pemimpin yang belum bergerak ke depan seiring dengan pemikiran rakyat. Kalau pemikiran antara rakyat dan kerajaan tidak ada jurang, BN tak akan kalah di lima negeri ini.

Bangkit wahai sahabat sahabat di atas sana, percayalah rakyat semakin bijak dari hari ke hari !! Bahaya kalau kita sentiasa rasa selesa. Macam macam pelan yang kita dengar minggu ini termasuk "exit plan". Kita dah terlalu banyak bercakap pasal perancangan. Rasa-rasanya bila agaknya kita dapat jalankan perlaksanaan ??


~ SAM ~
save UMNO

14 comments:

Unknown said...

Betul tu dr. Shamsul....

UMNO is becoming irrelevant. I have no respect among those UMNO top leaders...CORRUPTED!

We are now into uncharted territory, after 50 years of merdeka, UMNO leaders have to wake up from the recent election fiasco and smell their own shits.

(BTW, Anwar Ibrahim was here in UAE today.....)

Fudzail
Dubai, UAE
1426.blogspot.com

drshamsulAnwar said...

Sdr Fudzail

Terima kasih atas kunjungan Saudara.

UMNO masih relevan untuk orang Melayu & Malaysia. Yang tak relevan ialah pemimpin UMNO yang tak berjalan seiring dengan aspirasi UMNO. Kena tengok balik pada sejarah. Yang jadi aral biasanya orang yang diamanahkan dengan kuasa dlm organisasi tu. Zaman zaman gemilang UMNO dulu banyak didokong oleh golongan cikgu cikgu bukan golongan korporat. Mereka ikhlas, jujur dengan perjuangan. Semangat cikgu cikgu dulu dulu ni semua yang patut dikekalkan dalam UMNO. Yang mustahak, berjuang ni kena ikhlas. Haahhh nak cari pemimpin ikhlas ni lah yang payah la ni, tak kiralah parti apa pun kat dunia ni, caya la cakap teman !

salam perjuangan !

Moderator said...

Doc..
Good article... what u said is correct. Plz give ur permission to share this article to our blog www.umnokita.blogspot.com

We invite you to share & contribute ur opinion & comment too. Welcome.

HzY

Anonymous said...

Betul la tu doc ! Bagi turunkan mahluk mahluk perosak yang tak sedar diri yang jadi liabilities to UMNO. Depa ni la yg bagi UMNO tercemar. Banyak lagi doc org yg baik dlm UMNO sebenarnya tapi tak berpeluang diketengahkan.

Anonymous said...

aisey doc sam, apa khabar Sg Siput lepas tok samy tumbang?????

drshamsulAnwar said...

HzY

noted !

~SAM~
save UMNO

Unknown said...

Lama tak berblog...Tun M pun sudah keluar UMNO...ikut sekali keluar ke?

Anonymous said...

Kalau nak selamatkan UMNO, jgn rendahkan diri dikudakan Khairy.

Betul tak sam?

Bukan apa, kalau diketahui diri dikudakan, malu .....

drshamsulAnwar said...
This comment has been removed by the author.
drshamsulAnwar said...

Saya sibuk sikit kebelakang ni dgn office work & NGO yg saya usahakan utk kanak kanak kurang upaya. Saya masih bersama UMNO ! Cuma tak sedap bila Ezam dah masuk UMNO. Anwar bila pulak join UMNO ya??? hmmmm

Pesanan Keramat said...

Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

Petikan itu seperti di bawah:

From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

Berani lakukan perubahan!

Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

Anonymous said...

Salam Dr. Samsul Annuar

Saya mengenali Dr. Samsul pada tahun 2001. Saya bangga dengan usaha DR. Samsul terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan seperti AMAN disamping berjuang dalam UMNO. Saya Mohd Hisyam Rasidi,sekarang menuntut dalam Phd di Tokyo. Saya menyokong penuh UMNO kerana saya percaya pelbagai kemakmuran selama ini adalah usaha besar UMNO pada negara. Kepincangan tetap ada dan usaha pembangunan UMNO sendiri adalah proses berterusan. Saya percaya dalam konsep uniti Melayu dan Malaysia setiap individu perlulah memainkan peranannya sendiri. begitulah diri saya. Pada tahun 2005 saya terlibat dalam penubuhan Kelab UMNO Oxford kerana satu niat sahaja iaitu ingin melihat bangsa ku BERSATU. Begitu juga di Tokyo, saya juga terlibat dalam beberapa program bersama masyarakat Malaysia dan antarabangsa disini. InsyaAllah saya harap saya dapat berjumpa dengan Dr. Samsul dan bertukar pendapat. Perjuangan bangsa dan negara tanggungjawab bersama. Saya doakan semoga Dr. Samsul sihat dan ceria serta berjaya dalam perjuangan memajukan bangsa kita.

Sekian
Hisyam Rasidi
Tokyo, Japan

drshamsulAnwar said...

Salam Perkenalan Sdr Hisyam Rasidi
Minggu ini kita dikejutkan dengan pelbagai keganasan di Gaza. Kita menyaksikan penderitaan saudara seugama kita di Palestine. Sekiranya kita dapat menghargai nikmat keamanan di Malaysia dgn melihat seribu penyiksaan di bumi Anbia Palestine, pastinya kita akan sedar, kehidupan di Malaysia memang amat selesa walaupun Malaysia & pemimpinnya bukanlah sesuatu yg sempurna. Kelemahan memang ada tapi bukan untuk kita menuding jari, ada lagi baik kita find solution. And our solutions kalau boleh biarlah berpaksikan keikhlasan, bukan emosi.

Saya turut mendoakan kejayaan Saudara di Jepun. Mudah mudahan kembali ke Malaysia sebagai pemimpin akan datang (tak semestinya dlm politik kita menjadi pemimpin).

Dr Sam
~ Save UMNO

drshamsulAnwar said...
This comment has been removed by the author.