Friday, February 20, 2009

PERAK alahaiiii ... kejo yeop kejo !!!!!

Pakatan Rakyat Perak awalnya berkata, Kerajaan mereka kukuh, selepas sebelas bulan berlalu ... tiba tiba berlaku perkara yang menyentap fikiran, semua ni kerana aksi lompat ! Ingatkan sukan taraf Olimpik, Komanwel etc etc aje yang ada acara lompat yang berbagai seperti lompat tinggi, lompat jauh, lompat bergalah, rupanya acara lompat di Perak lebih menyeronokkan daripada kegemilangan sukan Olimpik & Komanwel ... secara bandingan *ehem*

Maka ditakdirkan majoriti PR mengecil bila beberapa ADUN ubah pendirian. Suasana tiba tiba senyap, belum memuncak, tak terasa lagi hangatnya. Mantan MB Nizar kemudian mengadap Sultan, mintak perkenan Tuanku bubar Dewan. Selepas habis mengadap, beliau muncul di khalayak dengan kenyataan "semuanya terpulang pada keputusan Sultan".

Kemudian KDYMM Tuanku Sultan Perak yang arif di bidang undang undang pun ditakdirkan memberi keputusan baginda. keputusan yang diberi tidak seperti yang diharapkan oleh Mantan MB Nizar. Yang pasti, KDYMM TUanku Sultan tak mungkin kejam mata bila buat keputusan. Seterusnya, Nizar mohon DERHAKA. Disambut pulak dengan aksi KARPAL. Mereka tak puashati dengan Tuanku & keputusan yang dipilih. INGATkan betul betul la diorang ni akan redha dengan apa pun keputusan yang diberi oleh baginda Sultan. Rupanya setakat labun aje ! Cakap tak pernah betol .....

Teman masih ingat lagi kata kata Mantan MB Nizar bila BOTA masuk PKR! Nizar kata "tak payah letak jawatan dan tak perlu pilihanraya." Tup tup bila ada ADUN PR yg pi ke BEBAS minta buat pilihanraya pulak... Cakap tak pernah betol ....

Tiba tiba, kenangan mengimbau pulak pada DSAI yang selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with god willing ... akan tubuh kerajaan baru”. Dulu sewaktu DSAI bercita cita merampas kerajaan dengan aksi MP lompat tak ada siapa pun cakap apa apa, terutama dari pihak pembangkang ni semua. KARPAL pun senyap aje. Sekarang ni nampaknya, mereka ni semua sedang tekun mempelajari soal Perlembagaan, undang undang tubuh negeri, selok belok cilok undang undang sementara tunggu kes di mahkamah etc etc .... adakah ini yang dikatakan senjata makan???

popcorn sebungkus please !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sit back, relax, enjoy the show ....

Inilah ujian pada Demokrasi yang berpaut pada Institusi Raja. Di Perak, segalanya terletak pada Raja. Sultan itu adalah Payung. Adakah kita mahu mendahului keputusan Perkenan Tuanku bila keputusan yang dibuat baginda memenuhi kehendak undang undang??
Atas segala apa pun keputusan demokrasi, yang akhirnya mengeluarkan keputusan ialah Sultan. Sultan Perak bukan calang calang individu. Baginda mempunyai latarbelakang undang undang yang jelas. Teman percaya baginda meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang pertama apabila baginda membuat keputusan.

Sistem politik di Malaysia boleh distabilkan dengan kedudukan, kematangan & kebijaksanaan Sultan & Raja, yang pada akhirnya bertujuan memenangkan RAKYAT. Apa yang berlaku hari ni menguji taat setia kita pada Sultan.


DAULAT TUANKU !!!!

Monday, January 5, 2009

Selamat Datang 2009

Datang bagai tak boleh di tahan tahan. Menerjah dengan episod keganasan di Gaza dan kita di sini hanya mampu melihat, paling tidak pun akan menghantar bantuan kemanusian dan perubatan. Bantuan nasihat, harus Amerika tak akan dengar. Bantuan cadangan, mungkin boleh tapi setakat on papers.

Bayangkan peperangan sedang rancak di sana. OIC pulak baru nak panggil mesyuarat. Pertubuhan Islam yg sebesar ini lebih gemar memilih program adhoc.

Kita tak macam orang di sebelah sana. Paling tidak pun, sepatutnya OIC mesti ada pasukan ala ala "Medecins Sans Frontier". Tiap tiap tahun negara Islam diterjah dengan bencana semulajadi atau pun peperangan, tapi apa buahtangan OIC yg kita boleh banggakan selain daripada mesyuarat yg bertimbun timbun di masa yang sama mangsa keadaan bertambah jumlah bilangannya.

Sabarlah wahai saudara ku di Palestine. Sindiran kecil yang sering kedengaran "kalau Israel dah ok dgn Palestine, itu petanda Kiamat dah dekat" ... Siapakah kita nak menentukan kiamat ke tak??? Something must have been done, someone must get the ball rolling ..... someone who????? ohhh yaaaa .... Negara negara Arab lainnya apa khabar agaknya?????????? Berapa banyak kasut kita nak kumpul ??

Persoalannya, siapa yang patut kita kutuk sepenuh hati? Rejim Israel atau keseluruhan Yahudi di Israel dan di dunia? Adakah beza antara Rejim Israel & rakyat Israel??? Ada juga berita kecik yang singgah mengatakan bukan semua rakyat Israel setuju dengan keganasan di Gaza. Di sebelah Palestine yang kena serang pula, bukan semua mangsa melibatkan Arab Islam, malah ada juga Arab Kristian dan jugak Yahudi dalam bilangan yang sikit. Istilah kemanusian nampaknya perlu diperluaskan !



Dr Sam
I support AMAN MALAYSIA

GIVE PEACE A CHANCE !