Wednesday, October 9, 2013

Pangkahlah dengan Rasional demi UMNO.

Tanggungjawab sebagai PERWAKILAN bukan sekadar memangkah sesiapa sahaja yang kita sukai TETAPI mestilah berdasarkan kepada pertimbangan apakah seseorang itu benar benar boleh dikekalkan atau diangkat sebagai pemimpin. Dalam membuat keputusan itu, para perwakilan tidak harus terpengaruh dengan apa apa sentimen apatah lagi melangkah kedewan pengundian dengan emosional. Buatlah pilihan dengan minda yang rasional kerana pemilihan ini amat penting dalam mencari barisan terbaik untuk memperkasakan UMNO. Maka, buatlah keputusan dengan tepat yang TIDAK memungkinkan rakyat menolak UMNO. Ayuh, langkah lah bersama saya, menyumbang jasa dengan ikhlas, bersatu bersetia demi keutuhan UMNO. Selamat memangkah!

No comments: